I dont know when to wish. 28 or 1st March.
What say you?
Saturday, 28 February 2009
Tuesday, 17 February 2009
Gambar
Kepada sesiapa yang sudi menderma gambar B.I.G kepada saya, saya akan upload di blog ini.
*wink* *wink*
*wink* *wink*
Friday, 13 February 2009
Maulidur Rasul
- Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w
- Umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya.
- Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Friday, 6 February 2009
K.O.T
Saksikan pertarungan hebat antara Mat Saleh, Rentap, Tun Fuad dan Razak petang ini.
go Mat Saleh go!!!
go Mat Saleh go!!!
Kuliah Jumaat II
Bersukan & Rekreasi dari Perspektif Islam
Islam menggalakkan umatnya mempunyai kesihatan yang baik dan bertubuh badan sihat. Tubuh badan yang cergas dan sihat membolehkan umat Islam melaksanakan ibadah dengan lebih sempurna dan mudah-mudahan akan menambah ketakwaan kita kepada Allah S.W.T. Islam tidak melarang apa juga jenis sukan selagi tidak dicampur-aduk dengan perkara-perkara haram.
Adab-adab bersukan :-
- corak sukan hendaklah sesuai dengan fitrah jantina masing-masing
- pakaian sukan hendaklah bersesuain dan menutup aurat
- elakkan menjadi lalai kerana terlalu leka berekreasi
- sukan tersebut hendaklah mendatangkan manfaat kepada diri sendiri dan masyarakat.
- jangan jadikan sukan sebagai lesen untuk bergaul bebas di antara lelaki dan perempuan
sumber: Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei Darussalam. Klik SINI untuk bacaan lanjut.
Monday, 2 February 2009
Perubahan & Penambahan
Baru sehari di kembali ke sekolah, beban tugasan semakin bertambah.
Unit kita telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan pertandingan syarahan sempena sambutan Maulidur Rasul pada 12 Febuari.
Sesiapa yang belum mengetahui spesifik tugasan masing-masing, silalah bertanya dengan Cik Minah merangkap setiausaha bagi acara ini.
B.I.G telah ditukar tarikh ke 12 -1 5 Febuari. Sila rombak jadual masing-masing dan ini juga merupakan berita gembira kerana memberi kita lebih masa untuk menyaipkan KKP.
Berita sedih pula kemungkinan besar kita tidak akan menikmati cuti hujung minggu pada minggu tersebut.
Jangan stress jangan tertekan. kekalkan sifat sejuk kita.