Friday, 6 February 2009

Kuliah Jumaat II

Bersukan & Rekreasi dari Perspektif Islam

Islam menggalakkan umatnya mempunyai kesihatan yang baik dan bertubuh badan sihat. Tubuh badan yang cergas dan sihat membolehkan umat Islam melaksanakan ibadah dengan lebih sempurna dan mudah-mudahan akan menambah ketakwaan kita kepada Allah S.W.T. Islam tidak melarang apa juga jenis sukan selagi tidak dicampur-aduk dengan perkara-perkara haram.

Adab-adab bersukan :-

  • corak sukan hendaklah sesuai dengan fitrah jantina masing-masing
  • pakaian sukan hendaklah bersesuain dan menutup aurat
  • elakkan menjadi lalai kerana terlalu leka berekreasi
  • sukan tersebut hendaklah mendatangkan manfaat kepada diri sendiri dan masyarakat.
  • jangan jadikan sukan sebagai lesen untuk bergaul bebas di antara lelaki dan perempuan

sumber: Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei Darussalam. Klik SINI untuk bacaan lanjut.

No comments: